RM10 juta persiapan jadikan Pangkor pulau bebas cukai

Diposting pada

RM10 juta persiapan jadikan Pangkor pulau bebas cukai

Merdeka

TAIPING: Kerajaan negeri Perak telah membelanjakan kira-kira RM10 juta setakat ini sebagai persiapan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai mulai 1 Januari 2020.

Sumber itu diperolehi daripada peruntukan awal kerajaan negeri dan beberapa kementerian seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Zainal Azman Abu Seman berkata, kerajaan negeri berharap akan mendapat peruntukan tambahan daripada beberapa kementerian lain untuk membina dan memperbaiki infruktur di samping mencantikkan Pulau Pangkor.

“Antara perkara yang penting adalah infrastruktur, logistik, penginapan, pusat beli-belah yang kita akan dapat beberapa pelabur yang akan datang.

“Kita berharap penduduk tempatan mengambil peluang Pulau Pangkor sebagai bebas cukai untuk mereka menjana ekonomi secara kerjasama strategik dengan pelabur-pelabur daripada luarlah. Jadi itu antara perkara yang kita sedang buat,” ujar Zainal Azman.

Pada November tahun lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai mulai 1 Januari 2020.

Pada Julai lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menjalankan kajian berhubung infrastruktur di pulau tersebut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.