Restoran terbakar: Warga emas rentung selepas masuk semula untuk selamatkan barang

Diposting pada

Restoran terbakar: Warga emas rentung selepas masuk semula untuk selamatkan barang

Restoran terbakar: Warga emas rentung selepas masuk semula untuk selamatkan barang

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas ditemukan rentung selepas terlibat dalam kebakaran sebuah restoran di Taman Chi Liung Pandamaran, Klang, Selangor, pagi ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.

“Bomba sampai ke lokasi sembilan minit kemudian dan mendapati sebuah restoran berkeluasan 6,400 kaki persegi telah terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dikawal pada 8.10 pagi dengan anggaran kemusnahan 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PGO Selangor, ketika awal kejadian, seorang lelaki berusia 68 tahun telah masuk semula ke dalam restoran untuk mengambil barang, namun berlaku runtuhan yang menimpa mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian dan ditemukan dalam keadaan rentung selepas itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.