Reman terhadap lelaki terlibat pergelutan di lebuh raya disambung lima hari

Diposting pada

Reman terhadap lelaki terlibat pergelutan di lebuh raya disambung lima hari

Reman terhadap lelaki terlibat pergelutan di lebuh raya disambung lima hari

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman terhadap individu yang terbabit pergelutan berpunca daripada kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki yang tamat hari ini, disambung lima hari lagi sehingga Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataannya pada Sabtu.

Bagaimanapun, isteri suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

Dalam kejadian jam 1.40 petang pada 10 Ogos lalu, mangsa, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 tahun maut setelah berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Ekoran kejadian itu, pihak polis telah menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.