Remaja maut kereta terbabas langgar pokok

Diposting pada

Remaja maut kereta terbabas langgar pokok

Remaja maut kereta terbabas langgar pokok

IPOH: IPOH: Seorang remaja maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terlanggar sebatang pokok di Jalan Tambun, berhampiran setor Lembaga Air Perak, di sini, pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut kira-kira 3.47 pagi ini.

Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari arah Tambun menghala ke Ipoh.

“Sampai di lokasi kemalangan, dipercayai kereta itu hilang kawalan lalu melanggar pada pembahagi kanan jalan dan kemudian melanggar pembahagi kiri jalan.

“Akibat perlanggaran, kereta melanggar pokok di kiri jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa, 18 tahun, pekerja swasta yang beralamat di Ipoh Garden South, mempunyai lesen memandu Kelas D.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 3.19 pagi.

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.