Remaja maut dipercayai dipukul ketika keluar beli makanan

Diposting pada

Remaja maut dipercayai dipukul ketika keluar beli makanan

Remaja maut dipercayai dipukul ketika keluar beli makanan

IPOH: Seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, dipercayai selepas dipukul di Taman Silibin Ria, di sini.

Mangsa dipercayai dipukul ketika keluar membeli makanan pada Jumaat malam yang lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil temubual dengan abang remaja berkenaan mendapati mangsa keluar rumah kira-kira jam 11 malam dengan menaiki motosikal.

Menurutnya, mangsa pulang pada kira-kira jam 2 pagi Sabtu dan mengadu sakit dada serta sesak nafas dua jam kemudian.

“Saksi kemudian telah mengejutkan bapa saudaranya dan membawa si mati ke Klinik Kesihatan Falim tetapi dimaklumkan perlu merujuk ke hospital.

“Bapa saudaranya kemudian membawa si mati ke Hospital KPJ Ipoh dan tetapi telah disahkan meninggal dunia jam 5.55 pagi Sabtu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ali berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pagi Ahad, mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan tisu lembut akibat trauma tumpul pada bahagian kedua-dua belah tangan dan kaki serta di kepala.

Mangsa dan abangnya tinggal bersama bapa saudara mereka sejak ibu bapa mereka meninggal dunia hampir enam tahun lalu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti tempat kejadian sebenar dan suspek yang terlibat,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.