Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan

Diposting pada

Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan

Rabies: Larangan pergerakan anjing di sempadan Sarawak-Kalimantan

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mengenakan larangan sebarang pergerakan dan kemasukan anjing dari Kalimantan, Indonesia ke sempadan negara menerusi Serian, Sarawak bagi mengekang jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata, larangan tersebut yang berkuat kuasa mulai Jumaat merupakan salah satu langkah dalam usaha membasmi wabak rabies di negeri itu.

Justeru, katanya, agensi kawalan sempadan negara boleh menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak atau Bilik Gerakan Operasi Negeri di talian 082-628248 / 250 atau Whatsapp ke 016-2557267 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Operasi Fasa Keenam Antirabies, di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi fasa keenam untuk daerah Sibu, Kanowit, Kapit, Song, Saratok, Sarikei, Meradong dan Julau akan bermula serentak dari 28 Ogos hingga 12 Sept ini.

"Setakat ini, 10,203 anjing (34%) di daerah Sibu telah divaksinkan, 578 (38.53%) Kanowit, 693 (37%) Kapit, 311 (21%) Song, 328 (35.46%) Saratok, 5,900 (80%) Sarikei, 2,478 (83%) Maradong dan 2,040 (68%) di Julau," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.