Puluhan senjata api bakakuk termasuk 1,600 butir peluru dirampas

Diposting pada

Puluhan senjata api bakakuk termasuk 1,600 butir peluru dirampas

Puluhan senjata api bakakuk termasuk 1,600 butir peluru dirampas

KOTA KINABALU: Puluhan senjata api buatan sendiri termasuk 1,600 butir peluru dirampas polis dalam serbuan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, dalam serbuan bermula 6  dan 7 Ogos lalu itu melibatkan tangkapan ke atas lapan lelaki tempatan berusia 20-an hingga 83 tahun.

Menurut beliau, antara yang dirampas adalah termasuk senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, pistol revolver buatan sendiri, senapang angin dan 612 butir peluru jenis 5.56 mm.

Jelasnya, tangkapan dan rampasan itu terbongkar susulan serbuan polis ke sebuah rumah di Kampung Kinaratuan, Ranau, pada 6 Ogos lalu sebelum menemukan sebahagian barangan tersebut.

Antara yang dirampas adalah termasuk senjata api buatan sendiri jenis bakakuk, pistol revolver buatan sendiri, senapang angin dan 612 butir peluru jenis 5.56 mm. - Foto Astro AWANI

Berikutan serbuan berkenaan, Zaini berkata, polis kemudiannya membuat tangkapan dan rampasan susulan di Kampung Tanah Merah, Kampung Kapatahan Bundu Tuhan, Kampung Debut dan Kampung Lohan Ulu di Ranau serta di Kem Tentera Lok Kawi, Kota Kinabalu.

"Tangkapan ini semuanya melibatkan rakyat tempatan, pada 6 haribulan 2.30 pagi sepasukan anggota polis diketuai JSJ negeri sabah dan dibantu oleh cawangan khas telah buat serbuan di sebuah rumah di Kampung Kinaratuan, Ranau.

"Dalam serbuan di rumah tersebut, sebuah bilik di tingkat bawah, kita telah rampas empat laras senjata api buatan sendiri jenis  bakakuk, 26  butir peluru  jenis bore pelbagai warna, yang ditangkap seorang lelaki berusia 61 tahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, dengan tangkapan individu pertama itu, polis kemudiannya menahan lagi tujuh lelaki tempatan dalam tempoh  48 jam dan berjaya merampas senjata api buatan sendiri serta butir peluru di beberapa lokasi berasingan.

Dengan tangkapan individu pertama itu, polis kemudiannya menahan lagi tujuh lelaki tempatan dalam tempoh  48 jam dan berjaya merampas senjata api buatan sendiri serta butir peluru. - Foto Astro AWANI

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati senjata api buatan sendiri itu dibuat oleh salah seorang suspek yang ditahan sebelum dijual kepada individu-individu lain atas alasan tujuan faktor  keselamatan tanaman atau tujuan memburu.

"Kalau berdasarkan kita punya maklumat, dia datang sendiri ke rumah ini untuk membuat tempahan, ia tidak menggunakan orang tengah dia datang sendiri, tempah pun tempah sendiri.

"Sehubungan itu, kita cuba dapatkan buku tempatan dan sebagainya untuk memudahkan siasatan, kita sudah dapat maklumat-maklumat siapa pembeli, jadi serahkanlah diri anda dan serahkan senjata anda," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat enam kali jika sabit kesalahan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.