Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil

Diposting pada

Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil

Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil

MOSCOW: Puluhan ribu rakyat Rusia mengadakan demonstrasi aman di ibu kota Moscow pada Sabtu, menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Himpunan kira-kira 49,000 peserta itu adalah bagi membantah tindakan kerajaan negara itu mengecualikan pembangkang dan calon bebas daripada pemilihan Dewan Kota Moscow.

Susulan itu, polis menahan salah seorang calon Majlis Bandar atas kesalahan membantah lokasi mengundi dan menjadi perancang demonstrasi itu.

Dalam demonstrasi tersebut, beberapa tokoh pembangkang turut menyeru agar rakyat turun dan membantah meskipun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Bagaimanapun demonstrasi berkenaan berakhir dengan aman, berbeza dengan sebelumnya yang menyaksikan tindakan agresif pihak berkuasa terhadap peserta.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.