Polis terima panggilan saksi berhubung insiden baling molotov cocktail

Diposting pada

Polis terima panggilan saksi berhubung insiden baling molotov cocktail

Polis terima panggilan saksi berhubung insiden baling molotov cocktail

KUALA LUMPUR: Pihak polis memaklumkan telah menerima panggilan saksi berhubung kejadian dua lelaki menaiki motosikal yang telah bertindak melontar bom petrol molotov cocktail ke arah pondok pengawal Kondominium PV 13, Setapak, di ibu negara.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan saksi sekitar jam 5 pagi pada Jumaat.

Serangan itu telah mengakibatkan pondok pengawal terbabit terbakar selain seorang pengawal keselamatan turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan belakang badan.

BACA: Pengawal keselamatan melecur dibaling molotov cocktail

"Siasatan awal mendapati dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.35 pagi, dua suspek telah membaling molotov cocktail ke arah pondok pengawal dan terus beredar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketika kejadian tiga orang pengawal keselamatan sedang bertugas di dalam pondok berkenaan dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh pengawal bertugas.

Mangsa cedera difahamkan telah menerima rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu untuk segera menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.