Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua

Diposting pada

Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua

Polis terima laporan pergaduhan tiga lelaki di Link Kedua

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung pergaduhan membabitkan tiga lelaki di Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata laporan telah dibuat oleh mangsa, seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 30an di balai polis berdekatan kira-kira pukul 7.37 pagi.

"Kejadian berlaku dipercayai akibat pelanggaran kereta. Mangsa dimarah dan ditumbuk sebelum kedua-dua suspek beredar.

"Kita masih menyiasat kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Pada tengah hari, tular pula sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook yang menunjukkan dua lelaki menendang, menumbuk seorang lelaki yang berada di sebuah kereta, sebelum kedua-duanya beredar.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Isnin selepas mangsa dikatakan memotong dan memasuki laluan kereta suspek.

Dalam tempoh berkenaan, lalu lintas sesak di lebuhraya berkenaan.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.