Polis siasat maklumat rasmi rahsia tersebar di WhatsApp

Diposting pada

Polis siasat maklumat rasmi rahsia tersebar di WhatsApp

Polis siasat maklumat rasmi rahsia tersebar di WhatsApp

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat penyebaran maklumat rasmi yang diklasifikasikan sebagai rahsia yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan bagi mencari punca kebocoran maklumat.

"PDRM juga menyiasat mengikut Seksyen 203A(2) akta sama. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya.

"Mana-mana pihak yang memiliki apa jua maklumat terkelas (classified) yang diterima melalui apa sahaja cara hendaklah tidak dikongsi atau menyebarkannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau juga menyeru mana-mana pihak untuk tampil membantu siasatan polis.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.