Polis siasat Dr Zakir Naik

Diposting pada

Polis siasat Dr Zakir Naik

Polis siasat Dr Zakir Naik

SHAH ALAM: Polis kini membuka kertas siasatan terhadap pendakwah, Dr Zakir Naik di bawah Seksyen 504 kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed kertas siasatan terhadap Zakir dibuka susulan laporan polis daripada pelbagai pihak.

“Kita memang ada menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Pendakwah bebas itu didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Dalam satu ceramah di Kelantan baru-baru ini, Zakir didakwa membuat kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Zakir mendakwa ucapannya di Kelantan berhubung penganut Hindu di negara ini telah diambil di luar konteks.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.