Polis Perancis, Ireland dan England bantu siasatan kehilangan Nora Anne

Diposting pada

Polis Perancis, Ireland dan England bantu siasatan kehilangan Nora Anne

Polis Perancis, Ireland dan England bantu siasatan kehilangan Nora Anne

NILAI: Misi mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu diperhebat dengan penglibatan pegawai dan anggota polis dari Perancis, Ireland dan England.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman berkata, kumpulan berkenaan bagaimanapun hanya terlibat pada penyiasatan dan bukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan berapa ramai jumlah pegawai polis luar negara yang terlibat dalam membantu pasukan penyiasatan berkenaan.

Kumpulan terbabit telahpun berada di negara ini sejak minggu lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Operasi SAR di Balai Polis Pantai di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, fokus lokasi pencarian yang sebelum ini tertumpu pada enam kilometer radius dari lokasi resort remaja berkenaan dilaporkan hilang kini beralih kepada kawasan Gunung Berembun yang terletak berhampiran.

Ujarnya, jumlah kekuatan petugas SAR turut ditambah kepada 353 anggota melibatkan pelbagai agensi dengan mengambil kira keluasan Gunung Berembun yang seluas 12 kilometer radius.

Bagaimanapun ujarnya, lokasi pencarian pada enam kilometer radius sebelum ini yang tertumpu pada kawasan lereng bukit dan sungai berhampiran masih diteruskan seperti biasa.

Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.