Polis nafi peranti letupan ditemukan di Nonthaburi ada kaitan siri letupan di Bangkok

Diposting pada

Polis nafi peranti letupan ditemukan di Nonthaburi ada kaitan siri letupan di Bangkok

Polis nafi peranti letupan ditemukan di Nonthaburi ada kaitan siri letupan di Bangkok

BANGKOK: Polis Thailand menafikan peranti letupan yang ditemukan di tepi jalan di daerah Pak Kret di Nonthaburi pada Ahad mempunyai kaitan dengan siri letupan siri di Bangkok pada Jumaat lepas.

Timbalan jurucakap polis, Pol Kol Krissana Pattanacharoen berkata peranti kecil dipercayai dikenali sebagai 'bom ping pong' dihasilkan oleh pelajar yang terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan.

Beliau berkata polis dimaklumkan mengenai kotak mencurigakan yang ditemukan di tepi jalan Wat Salak Nua pada jam 2 petang (waktu tempatan).

"Polis menemukan satu peranti yang meletup dan dua peranti tidak meletup dalam kotak kadbod," katanya.

Saksi memberitahu polis bahawa 'bom ping pong' ditemukan selepas sekumpulan pelajar meninggalkan sebuah kedai serbaneka setelah terlibat dalam insiden kejar.

Kemudian, bunyi letupan yang kuat kedengaran dan 'bom ping pong' yang digunakan ditemukan.

BACA: Kota Bangkok digegar siri letupan kecil, dua cedera

BACA: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden letupan di Bangkok

Pada Jumaat, siri letupan dilaporkan di lima lokasi di ibu negara Thailand itu di sini selepas beberapa letupan kecil menyebabkan empat orang cedera.

Polis menemukan sembilan bom, termasuk beberapa peranti yang tidak meletup.

Sementara itu, polis Thailand menafikan laporan bahawa dua suspek dari Narathiwat di selatan Thailand, yang ditahan kerana didakwa meletakkan peranti letupan di kaki lima dekat ibu pejabat Polis Diraja Thailand di Rama I Road pada petang Khamis, diberi layanan buruk semasa dalam tahanan polis.

Krissana berkata kedua-dua lelaki itu ditahan di bawah Dekri Darurat 2005 mengenai Pentadbiran Awam Semasa Darurat untuk membantu siasatan selama tujuh hari, sehingga 8 Ogos.

"Kedua-dua mereka selamat di bawah jagaan pihak berkuasa semasa disoal. Mereka diberi layanan yang sama seperti suspek lain, " katanya sambil menambah ahli keluarga mereka juga melawat mereka semalam.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.