Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng

Diposting pada

Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng

Polis lancar Ops Tutup kesan kanak-kanak dan remaja perempuan dibawa lari lelaki bertopeng

KUCHING: Polis sedang mengesan sebuah van berwarna putih yang dipercayai digunakan untuk melarikan seorang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan, dalam kejadian yang berlaku di Jalan FAC Matang di Kuching petang tadi.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata pihaknya sudah melancarkan Ops Tutup iaitu sekatan jalan raya di seluruh kawasan Padawan bagi mengesan van tersebut.

Pada masa sama, Aidil berkata hebahan juga sudah dibuat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, Serian, Bau dan Lundu untuk gerakan mencari dan mengesan kedua-dua mangsa serta individu terlibat.

Menurutnya, mangsa yang berusia 10 dan 17 tahun dilaporkan dilarikan dari tepi Jalan FAC Matang oleh dua lelaki bertopeng.

Insiden tersebut disaksikan oleh kakak mangsa yang ketika itu berada tidak jauh dari lokasi dua mangsa itu dilarikan.

Bagaimanapun, katanya nombor pendaftaran van berkenaan tidak dapat dikenal pasti.

Sementara itu, rakaman pesanan suara daripada bapa mangsa turut tular di media sosial hari ini selain dikongsi dalam kumpulan aplikasi Whatsapp bagi memaklumkan kejadian itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.