Pogba tidak boleh jadi Keane, Veron, Scholes, Giggs, Cantona – Solskjaer

Diposting pada

Pogba tidak boleh jadi Keane, Veron, Scholes, Giggs, Cantona – Solskjaer

Pogba tidak boleh jadi Keane, Veron, Scholes, Giggs, Cantona - Solskjaer

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengecilkan jangkaan terhadap Paul Pogba dengan mengatakan pemain tengah itu tidak boleh menjadi Roy Keane, Juan Sebastian Veron, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Eric Cantona dalam satu masa.

Pogba kekal di Old Trafford walaupun telah dikaitkan dengan penghijrahan, namun pemain berusia 26 tahun itu telah dikritik selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika seri 1-1 dengan Wolves, Isnin lalu.

Solskjaer memuji kemampuan dimiliki pemain kebangsaan Perancis itu, namun memberikan amaran bahawa United meminta terlalu banyak daripadanya.

"Kami dapat saksikan Pogba kecewa selepas gagal menjaringkan sepakan penalti," kata Solskjaer.

"Saya telah memberitahu kepada setiap pemain kerap kali, apabila anda menandatangani bersama United, anda harus memberikan yang terbaik dan itulah yang telah dipamerkan Pogba setiap minggu.

"Dia sendiri meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk diri sendiri, jadi ia tidak mengecewakan saya. Tetapi kami harus lebih bersabar dengannya kerana Pogba tidak mampu menjadi Roy Keane, Veron, Scholes, Giggs, Cantona dalam satu pemain.

"Pogba mempamerkan sesuatu yang berbeza tahun ini, dia adalah ketua dalam kalangan pemain."

Pogba telah dikritik kerana mengambil sepakan penalti ketika berdepan Wolves seminggu selepas Marcus Rashford menyempurnakannya sepakan penalti ketika mengatasi Chelsea.

Tetapi Solskjaer, yang bakal memimpin United menghadapi Crystal Palace di Old Trafford malam ini, mengesahkan dua pemain itu masih lagi ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti untuk United.

"Saya pasti anda akan melihat Pogba akan menjaringkan penalti lagi selepas ini.

"Kami telah berlatih dan Rashford dan Pogba merupakan pilihan utama," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.