PM lantik tiga anak muda anggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara

Diposting pada

PM lantik tiga anak muda anggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara

PM lantik tiga anak muda anggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga tokoh muda ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan kerajaan komited meningkatkan penyertaan generasi muda ke pentadbiran dan perancangan polisi negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar itu berkata, perlantikan itu satu lagi inisiatif memperkasakan anak muda, susulan keputusan menurunkan takrifan had umur belia, menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, serta memastikan pelatih amali menerima elaun bulanan.

Tiga tokoh muda yang dilantik itu ialah Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com Radzi Tajuddin, 29; Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Ringgitplus.com Liew Ooi Hann, 33; serta Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif TheLorry.com, Nadhir Ashafiq, 31.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas perlantikan tiga ahli baharu ke NEAC – badan tertinggi yang dipertanggungjawabkan untuk merumuskan polisi ekonomi di Malaysia.

“Mereka yang dilantik ini mempunyai kelayakan tinggi, serta datang dari latar belakang pelbagai industri yang boleh memberi pandangan kepada NEAC berhubung isu kos sara hidup, pekerjaan, kemiskinan serta pemilikan rumah,” kata Syed Saddiq lagi.

Beliau berkata, pelantikan itu selari dengan keinginan kerajaan untuk mengiktiraf peranan anak muda dalam pembuatan dasar negara.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.