PM Britain buat hal lagi!

Diposting pada

PM Britain buat hal lagi!

PM Britain buat hal lagi!

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson membuat kejutan besar apabila beliau meminta Ratu Elizabeth II menggantung Parlimen beberapa hari selepas waktu rehat musim panas berakhir pada pertengahan bulan depan.

Tindakan Johnson itu dijangka mengeruhkan lagi krisis politik di negara itu dan bakal mengancam proses Brexit pada 31 Oktober depan yang mungkin akan dilaksanakan secara tanpa perjanjian dicapai dengan Kesatuan Eropah (EU). 

Menurut beliau, Ratu Elizabeth II akan bertitah selepas penggantungan itu pada 14 Oktober untuk menggariskan 'agenda sangat menarik'.

Pemimpin parti pembangkang, Jeremy Corbyn yang memimpin Parti Buruh telah menghantar surat kepada Ratu Elizabeth II meminta untuk mengadakan pertemuan sebelum keputusan akhir dibuat.

"Menggantung Parlimen tidak boleh diterima. Apa yang Perdana Menteri sedang lakukan adalah menghancurkan demokrasi kita untuk memaksa Brexit direalisasikan tanpa perjanjian," katanya.

Penentang 'Brexit tanpa perjanjian' telah menuduh Johnson melakukan 'rampasan kuasa' terhadap Parlimen selepas kedua-dua dewan termasuk Dewan Pertuanan akan berdepan penggantungan itu. – BBC

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.