PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat – MB Selangor

Diposting pada

PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat – MB Selangor

PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat - MB Selangor

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) perlu kurangkan berpolitik jika tidak mahu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat.

Pengerusi Majlis Kepimpinan PH Selangor, Amirudin Shari berkata sebaliknya PH perlu bekerja keras dalam memenuhi kehendak rakyat agar mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dapat dikekalkan pada PRU akan datang.

"Kita kena buktikan kita lebih baik dari kerajaan terdahulu, dan bukan berpolitik sepanjang masa. Kita kena ingat apa aspirasi dan cita-cita rakyat kepada kita, apa janji yang kita tawarkan, apa harapan yang kita tawarkan pada PRU lepas.

"Elakkan politiking keterlaluan, kita mesti kerja keras untuk capai hasrat dan impian rakyat, agenda reformasi terhadap institusi kerajaan, agenda pendidikan dan agenda kesihatan kita kena buat bersungguh-sungguh agar mandat yang kita dapat pada PRU yang lepas dapat dikekalkan," katanya pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PKR Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita PKR Selangor Dr Doroyah Alwi.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut menyeru agar semua pemimpin dan ahli PH Selangor terus bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan negeri.

"Kedudukan PH Selangor dalam keadaan baik dan perlu dipertahankan. Sejak 10 pentadbiran di negeri ini, kita semakin kukuh bertapak.

"Selangor adalah pusat penting dalam konteks politik nasional," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.