Pesawat ringan mendarat di tengah-tengah jalan raya

Diposting pada

Pesawat ringan mendarat di tengah-tengah jalan raya

Pesawat ringan mendarat di tengah-tengah jalan raya

WASHINGTON: Seorang juruterbang bernasib baik apabila berjaya melakukan pendaratan cemas secara dramatik di tengah-tengah jalan raya dalam satu kejadian di sini pada Sabtu.

Pesawat itu yang dikendalikan oleh David Acklam dilaporkan mengalami masalah pada enjin menyebabkannya tersasar dari lokasi mendarat.

Menurut CNN, kejadian itu secara tidak langsung sempat dirakam sebuah kereta peronda yang dipandu Clint Thompson.

Dalam insiden itu, Thompson yang sedang memandu di sekitar Pacific Avenue South mendapati pesawat jenis KR2 itu terbang dalam keadaan yang sangat rendah dan semakin mendekati jalan raya.

Tanpa membuang masa, lelaki itu terus menyalakan siren di kereta peronda untuk menyekat laluan agar pesawat itu mudah mendarat.

“Thompson kebetulan berada di lokasi yang tepat dan melihat pesawat itu hampir membuat pendaratan cemas,” kata jurucakap Washington State Petrol, Johnna Batiste.

Dalam pada itu, Acklam menerusi satu rakaman video dilihat melompat keluar dari pesawat selepas berjaya melakukan pendaratan cemas sebelum menarik kenderaan udara itu ke tepi.

"Saya ingin berterima kasih pada Thompson atas apa yang telah dilakukannya.

"Dia bukan sekadar menyelamatkan saya daripada kecederaan atau kematian, malah orang ramai di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.