Permudahkan urusan visa ketibaan untuk galakkan Tahun Melawat Malaysia 2020

Diposting pada

Permudahkan urusan visa ketibaan untuk galakkan Tahun Melawat Malaysia 2020

Permudahkan urusan visa ketibaan untuk galakkan Tahun Melawat Malaysia 2020

KUALA LUMPUR: Kemudahan Visa Sebaik Tiba (VoA) telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dan pintu masuk Sungei Tujuh, terutama bagi pelancong dan ekspatriat China di Brunei yang berkunjung ke Malaysia, dalam usaha meningkatkan bilangan pelancong untuk Tahun Melawat Malaysia 2020.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam satu kenyataan berkata pihaknya bekerjasama dengan Tourism Productivity Nexus (TPN) untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi menambahbaik sistem pelepasan dan pemprosesan di sempadan Sarawak dan Brunei untuk pelancong yang datang dari Brunei.

Selain VoA, beberapa syarat telah dilonggarkan mulai 15 Julai, termasuk melanjutkan tempoh berada di negara ini daripada tujuh kepada 15 hari, bukti memiliki wang dari USD1,000 kepada USD500 dalam bentuk cek kembara, kad kredit, kad debit atau eMoney diterima oleh Bank Negara Malaysia, dan pengurangan yuran kepada RM200 daripada RM330.

Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis, berkata kemudahan VoA akan meningkatkan ketibaan pelancong dari Brunei dan juga menggalakkan kunjungan 40 juta ekspatriat Cina yang kini berpangkalan di Brunei.

Kami menganggarkan bahawa Miri berpotensi menjana US$4 juta setiap tahun daripada ekspatriat ini, dengan anggapan 10 peratus dari mereka melawat Miri setiap minggu dan membelanjakan US$200 pada setiap lawatan," katanya.

Selain itu, MPC berharap inisiatif itu akan menyumbang kepada sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk mencapai 30 juta pelancong dan menjana pendapatan RM30 bilion hasil daripada pelancongan.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.