Perkembangan terbaharu kes-kes disiasat PDRM

Diposting pada

Perkembangan terbaharu kes-kes disiasat PDRM

Merdeka

KUALA LUMPUR: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman telah menjalankan siasatan ke atas beberapa kes yang mendapat perhatian masyarakat, terutamanya dalam kalangan warganet.

Antaranya adalah kes video intim melibatkan pemimpin politik, kes melibatkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan komen negatif ahli perniagaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan (KK) dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Berikut adalah status siasatan ke atas kes-kes yang sedang dijalankan:

a) Isu video intim 'pemimpin politik' yang tular di laman sosial

Kertas siasatan ke atas kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut telah diterima.

Pihak polis juga menerima satu laporan analisis video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Datuk Lokman Noor Adam.

Laporan ini telah dihantar ke Cybersecurity Malaysia untuk diteliti manakala Datuk Lokman Noor Adam akan dipanggil semula untuk rakaman percakapan lanjut pada Selasa, 3 September 2019.

b) Isu Papagomo yang mempertikaikan kes arwah Syed Mohamad Daniel

Pemilik akaun Facebook iaitu Wan Azri Wan Deris atau lebih dikenali dengan panggilan “Papagomo” telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Pihak polis sedang menunggu laporan analisis digital ke atas barang kes dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan serta arahan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(c) KK /Seksyen 233 AKMM 1998.

c) Isu Dr Zakir Naik yang mendakwa bangsa India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri
Malaysia dan juga dakwaan yang meminta agar kaum Cina untuk keluar dari Malaysia.

Dr Zakir Naik dan beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan. Kertas siasatan telah ditaklimatkan kepada pejabat Peguam Negara dan sehingga kini masih menunggu keputusan dan arahan lanjut.

Kedua-dua kes melibatkan Dr Zakir Naik disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Dr Zakir Naik telah beberapa kali dipanggil oleh pihak polis untuk direkod keterangan beliau. - Gambar SINAR HARIAN

d) Isu Tun Mahathir yang didakwa menyifatkan Dong Zong sebagai rasis.

Pihak polis telah mengambil keterangan dari Setiausaha dan Pengerusi Dong Zong serta Timbalan Menteri Pendidikan.

Kes ini akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat serta arahan lanjut.

e) Isu blogger Koon Yew Yin yang memberi komen negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Rakaman percakapan Koon Yew Yin telah diambil dan rampasan ke atas beberapa peralatan digital yang digunakan telah dibuat.

Kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan profiling serta laporan analisa digital daripada pihak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

f) Isu membabitkan lima individu yang membuat kenyataan sehingga menyebabkanb keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Dr Zakir Naik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Pihak polis telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan dan kes akan diruju ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed dalam masa sama turut mengingatkan orang 
ramai untuk tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan
oleh undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," kata beliau dalam kenyataan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.