Perancis-Amerika Syarikat capai perjanjian cukai terhadap Google

Diposting pada

Perancis-Amerika Syarikat capai perjanjian cukai terhadap Google

Perancis-Amerika Syarikat capai perjanjian cukai terhadap Google

BIARRITZ: Perancis dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan berhubung cukai negara itu ke atas Google.

Perkara itu diumumkan Presiden Perancis Emmanuel Macron selepas amaran dikeluarkan Presiden AS Donald Trump mengenai tarif berat ke atas wain Perancis.

Bercakap pada satu sidang media bersama Trump di Biarritz, Macron berkata Perancis akan membayar semula cukai dikenakan terhadap syarikat itu sebaik sahaja perjanjian cukai antarabangsa disediakan bagi mengantikan cukai Perancis sebanyak tiga peratus yang dikenakan sebelum ini.

Ia bertujuan untuk mengurangkan penghindaran cukai untuk syarikat digital itu.

Macron juga berkata, pertikaian perdagangan antara AS dan China menimbulkan ketidakpastian ekonomi dan memerlukan kesepakatan dicapai dengan cepat.

Macron dan Trump berada di Biarritz bagi menghadiri Sidang G7 yang berlangsung selama tiga hari mulai Sabtu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.