Penyerang masjid Oslo dihadap ke mahkamah

Diposting pada

Penyerang masjid Oslo dihadap ke mahkamah

Penyerang masjid Oslo dihadap ke mahkamah

OSLO: Suspek tembakan di sebuah masjid di Oslo, Norway dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melancarkan serangan pengganas dan membunuh adik tirinya.

Tertuduh Philip Manshaus ditahan pada Sabtu selepas melepaskan tembakan di Pusat Islam al-Noor yang terletak di pinggir bandar Oslo dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

BACA: Tembakan rambang di masjid Oslo, seorang jemaah cedera

Polis melaporkan suspek telah melepaskan beberapa das tembakan namun tidak menyatakan jenis senjata yang digunakan Philip.

Dalam kejadian itu, jemaah masjid sempat menahan suspek sehingga polis tiba.

Polis yang kemudiannya menyerbu rumah suspek menjumpai mayat adik tiri perempuannya berusia 17 tahun.

Peguam bela, Unni Fries, dalam pada itu, enggan mengulas laporan media Norway bahawa serangan itu diilhamkan daripada insiden tembakan di New Zealand.

Dalam serangan itu, 51 jemaah di dua masjid terkorban.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.