Pengurup wang rugi RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang

Diposting pada

Pengurup wang rugi RM120,000 disamun empat lelaki bersenjatakan parang

Merdeka

SHAH ALAM: Sebuah syarikat pengurup wang di sebuah pasar raya di Alam Jaya, Jeram, kira-kira 45km dari sini, kerugian kira-kira RM120,000 apabila premis berkenaan disamun sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan parang, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, empat lelaki menaiki kereta jenis Toyota Camry memasuki premis berkenaan yang baru memulakan operasi dengan menutup muka dengan baju dan bersenjatakan parang panjang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata, salah seorang suspek melibas cermin kaunter dengan parang sehingga pecah lalu masuk ke dalam kaunter dan mengambil wang di kaunter dan seterusnya mengarahkan pekerja premis berkenaan membuka peti besi.

"Suspek kemudian mengambil wang termasuk wang negara asing di dalam peti besi sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada jam 12.37 tengah hari, hari yang sama, kereta berkenaan dijumpai terbakar di dalam sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Kampung Tok Muda, Kapar dan semakan terhadap kereta berkenaan dilaporkan curi di Shah Alam pada 11 Ogos lalu, katanya.

Md Asri berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-3281 3853.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.