Pengurangan kadar PSC kemenangan untuk rakyat – Tony

Diposting pada

Pengurangan kadar PSC kemenangan untuk rakyat – Tony

Merdeka

KUALA LUMPUR: Pengurangan kadar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan lapangan terbang lain kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah tanda kemenangan untuk rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perjuangan itu sudah lama dan pengurangan caj itu seperti hari besar bagi semua.

“Ia hari kemenangan untuk rakyat, kita akan teruskan dengan peningkatan teknologi di semua lapangan tebang. ia hanya permulaan.

“Apapun kita tidak bersetuju dengan caj ini dan ia perjuangan lain pula. Pengumuman ini adalah satu suntikan semangat untuk Tahun Melawat Malaysia,” katanya semasa sidang media selepas majlis perjanjian tempahan pesawat A330neo dan A321XLR di antara AirAsia dengan Airbus di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kadar PSC dikurangkan kepada RM50 daripada RM73 bermula 1 Oktober ini kecuali di Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelasnya, kadar PSC bagi sektor lain di semua lapangan terbang terbabit kekal iaitu RM35 bagi penumpang penerbangan ASEAN dan RM11 untuk penerbangan domestik.

BACA: Kadar PSC antarabangsa di klia2, lapangan terbang lain turun

Dalam perkembangan berasingan jelas Tony, pihaknya tidak akan mengambil tindakan terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di atas gangguan sistem teknikal di KLIA2 baru-baru ini.

“Kita tidak ambil tindakan di atas gangguan sistem itu. Semua syarikat ada masalah, Airbus juga ada masalah, MAHB ada masalah, kita tidak ambil tindakan, KLIA2 sudah ada banyak penambahbaikan,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kegagalan rangkaian sebagai punca gangguan sistem teknikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelasnya, MAHB juga telah menggantikan peralatan rangkaian dan peralatan tersebut sedang diuji dan dipantau dengan teliti untuk menstabilkan sistem.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.