Pengenalan tulisan khat akan diteruskan dengan beberapa penyesuaian – KPM

Diposting pada

Pengenalan tulisan khat akan diteruskan dengan beberapa penyesuaian – KPM

Pengenalan tulisan khat akan diteruskan dengan beberapa penyesuaian - KPM

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Sekolah Rendah Tahun 4 SJKC dan SJKT mulai tahun 2020.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini, Jemaah Menteri menyatakan bahawa keputusan tersebut akan diteruskan dengan mengambil kira beberapa langkah penyesuaian yang berkaitan.

Antara langkah penyesuaian tersebut ialah pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat dalam buku teks, berbanding dengan enam muka surat yang digunakan sebelum ini.

Di samping itu, Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya pengenalan tulisan khat ini dilaksanakan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksaannya di bilik darjah masing masing.

Jemaah Menteri juga secara sepakat bersetuju agar pengenalan tulisan khat ini tidak akan dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.