Penemuan terbesar 227 kerangka kanak-kanak di Peru

Diposting pada

Penemuan terbesar 227 kerangka kanak-kanak di Peru

Penemuan terbesar 227 kerangka kanak-kanak di Peru

TRUJILLO: Sepasukan ahli arkeologi menemukan sekitar 227 rangka kanak-kanak di Huanchaco berhampiran Trujillo, Peru.

Dipercayai penemuan itu merupakan yang terbesar di sebuah lokasi membabitkan ‘pengorbanan’ kanak-kanak bagi acara pemujaan.

Pakar dan saintis juga difahamkan sudah mula menjalankan proses ekskavasi sejak tahun lalu.

Memetik laporan AP, kumpulan kerangka kanak-kanak tersebut merupakan korban kepada makhluk ghaib untuk ritual menghormati dewa dalam kepercayaan kebudayaan Chimu pada era pra-Kolombia.

Huanchaco dikenal sebagai lokasi di mana banyak terjadi ritual dengan mengorbankan anak-anak dan kemuncak acara berlaku antara tahun 1200 hingga 1400.

Ketua Arkeologi Peru, Feren Castillo berkata, kanak-kanak yang dikorbankan berusia antara empat hingga 14 tahun.

“Kanak-kanak itu menjadi korban untuk menghentikan fenomena badai El Nino. Hal tersebut terlihat melalui kondisi kerangka saat ditemukan.

“Kerangka kanak-kanak yang ditemukan menunjukkan tanda-tanda bahwa anak-anak itu terbunuh semasa musim hujan,” katanya pada Rabu.

Tambah Castillo, kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan dikorbankan untuk menghentikan fenomena badai El Nino kerana sebahagian besar ditemukan dalam posisi menghadap ke laut.

Sejumlah kerangka yang ditemukan juga masih memiliki kulit dan rambut.

Difahamkan kerangka itu memiliki kesan hirisan pada bahagian tengah dada yang menunjukkan mungkin jantung mereka telah dikeluarkan untuk acara ritual terbabit.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.