Pencemaran udara dikaitkan dengan masalah gangguan bipolar, kemurungan

Diposting pada

Pencemaran udara dikaitkan dengan masalah gangguan bipolar, kemurungan

Pencemaran udara dikaitkan dengan masalah gangguan bipolar, kemurungan

PENCEMARAN udara ternyata boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengaitkanya dengan penyakit yang serius seperti barah paru-paru dan strok.

Dalam kajian terbaru, seperti yang dilaporkan portal National Geographic, mendapati kawasan yang diliputi pencemaran udara  menyaksikan lebih banyak laporan kes gangguan neurologi sepeeti kemurungan dan gangguan bipolar.

Di Amerika Syarikat (AS), para saintis mendapati negara-negara yang mempunyai kualiti udara yang teruk, seperti yang direkod Agensi Perlindungan Alam Sekitar, menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus bagi kes gangguan bipolar dan 6 peratus kenaikan dalam kes kemurungan, berbanding kadar purata kebangsaan.

Pakar genetik yang juga pengasas kajian dari University of Chicago, Andrey Rzhetsky, bagaimanapun berkata, hasil penyelidikan itu tidak secara khusus untuk mengesahkan bahawa pencemaran udara punca utama penyakit mental.

Ia lebih kepada menyatakan bahawa penduduk di kawasan yang tercemar lebih berisiko menghidapinya.

Kajian yang serupa turut dijalankan di London, China dan Korea Selatan, dan kesemuanya telah menemukan kaitan antara kawasan tercemar dengan masalah kesihatan mental.

Rzhetsky menambah, kajian mereka menunjukkan bahawa kawasan yang tercemar di AS merekodkan kewujudan kes-kes gangguan neurologi.

Para penyelidik melihat data dari AS dan Denmark untuk mengesahkan kemungkinan tersebut.

Di AS, para penyelidik menilai data insurans kesihatan selama 11 tahun dalam kalangan 151 juta orang yang membuat tuntutan gangguan psikiatri, antaranya seperti gangguan bipolar, kemurungan teruk, gangguan personaliti dan skizofrenia, selain apilepsi dan penyakit Parkinson.

Mereka kemudian menganalisis partikel pencemaran dalam air, udara dan tanah mengikut kawasan seterusnya membuat perbandingan antara kes tuntutan insurans yang bertindan dengan  kadar kawasan berpencemaran tinggi.

Dalam kajian itu, mereka merumuskan bahawa kaitan pencemaran udara dengan gangguan bipolar sangat ketara.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.