Pemuda maut kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Diposting pada

Pemuda maut kereta dipandu langgar pembahagi jalan

Merdeka

SEBERANG JAYA: Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas kereta yang dipandunya melanggar pembahagi jalan di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Seberang Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam kejadian yang berlaku pukul 5 pagi itu, mangsa, Ooi Jun Tai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Nik Ros Azhan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.05 pagi.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kenderaan sahaja.

Semakan mendapati pemandu kereta beralamat di Jalan Raja Uda , Butterworth telah melanggar bahagian tengah  pembahagi jalan di antara susur masuk ke Mak Mandin dan jalan menuju ke Kepala Batas.

Nik Ros Azhan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.