Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat – Penganalisis

Diposting pada

Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat – Penganalisis

Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis

KUALA LUMPUR: Pemindahan pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan mampu memberikan dinamika baharu kepada Malaysia, terutamanya dalam konteks persekutuan Malaysia iaitu antara Sabah dan Sarawak.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Hamid, berkata pemindahan ibu negara ini akan membina satu titik baharu dari segi ekonomi dan kepentingan strategik.

"Pemindahan ini akan memberikan persaingan antara Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan dari segi aktiviti dan ekonominya.

"Ia akan menjadi satu magnet yang amat kuat dalam konteks serantau. 

"Bagaimana ini akan membina hubungan baharu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat di Malaysia dan pada masa akan datang, ia bergantung kepada bagaimana Kuala Lumpur boleh meletakkan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam perundingan apabila bercakap mengenai pemindahan tersebut," kata Hamidin ketika menjadi tetamu bersama Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim dalam program Buletin AWANI Khas pada Jumaat.

Amir pula berkata dengan perpindahan tersebut, ia akan memberikan manfaat dari segi pertahanan kepada negeri-negeri Malaysia Timur.

Hal ini kerana dengan pemindahan ibu negara itu, pihak Indonesia akan meningkatkan serta memastikan keselamatan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.

"Perbelanjaan pertahanan kita untuk Sabah dan Sarawak terutamanya selepas pencerobohan Lahad Datu menelan perbelanjaan yang besar.

"Dengan pemindahan ibu kota ini, Indonesia akan meningkatkan dan memastikan pertahanan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.

"Ada baiknya kita barkongsi kos pertahanan dan jika jiran kita berada di Kalimantan, sudah pasti ia akan berlaku peningkatan dari segi mutu kawalan pertahanan di Kalimantan," ujarnya.  

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.