Pemergian Dr Jeyaindran kehilangan besar sektor kesihatan negara

Diposting pada

Pemergian Dr Jeyaindran kehilangan besar sektor kesihatan negara

Pemergian Dr Jeyaindran kehilangan besar sektor kesihatan negara

KUALA LUMPUR: Pemergian mendiang Prof Datuk Seri Dr Jeyaindran Sinnadurai bukan sahaja satu kehilangan besar buat sektor kesihatan negara, malah turut dirasai oleh pelbagai pihak.

Dr Jeyaindran yang merupakan Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dilaporkan rebah awal pagi Isnin dan dibawa ke Jabatan Kecemasan HKL sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan bersedih dengan kehilangan mendiang dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dr Jeyaindran.

“Saya bagi pihak seluruh warga Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan takziah kepada balu, Datin Seri R Sunita dan keluarga mendiang.

“Mendiang adalah seorang yang sangat mengambil berat tentang kebajikan pekerja dan seorang yang berani untuk menyuarakan pandangannya bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan negara akan terus berkembang maju.

“Berdasarkan interaksi saya bersama kakitangan yang pernah berkhidmat dengan mendiang mendapati mendiang seorang yang tegas dalam urusan kerja tetapi seorang yang sangat mudah didekati dan sentiasa menghargai pandangan yang diberikan oleh setiap warga kerja tanpa mengira gred dan jawatan,” katanya dalam kenyataan di muat naik di Facebook, pada Selasa.

Sementara itu, pemergian mendiang turut memberi kesan kepada Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, mendiang merupakan antara pakar yang merawat kecederaan bahu dialaminya sebelum ini.

“Salam takziah kepada keluarga Dr Jeyaindran atas pemergiannya awal pagi tadi (hari ini). Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh dugaan ini,” katanya dalam entri di Facebook.

Dr Jeyaindran bersara pada 31 Mei 2018 selepas 38 tahun perkhidmatan di Kementerian Kesihatan.

Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ketua Kesihatan (Perubatan) dari Mac 2013 hingga Mei 2018 dan Doktor Perunding Kanan di Hospital Kuala Lumpur.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.