Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta

Diposting pada

Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta

Merdeka

JAKARTA: Pemandu Gojek yang mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, turut mengumpul wang bagi membiayai perbelanjaan pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail ke Jakarta.

Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Berdasarkan satu video yang viral di Indonesia baru-baru ini, Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

"Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar, keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta," menurut petikan video itu.

BACA: Dakwaan hina Indonesia, pengasas Big Blue Taxi mohon maaf

Jurucakap pemandu Gojek itu, Theresia Ismiyanti berkata mereka mahu Shamsubahrin ke Jakarta dan memohon maaf secara terbuka kepada pemandu Gojek.

Dalam demonstrasi itu mereka turut mengumpul wang dalam kalangan pemandu Gojek, untuk diberikan kepada Shamsubahrin untuk biaya kosnya ke Jakarta.

Pada 30 Ogos lepas, Gabungan Aksi Roda Dua Indonesia (Garda) menyatakan penerimaan permohonan maaf mereka terhadap kenyataan Shamsubahrin itu.

Ketua Garda, Igun Wicaksono berkata mereka telah mengemukakan "surat pernyataan" itu diserahkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Jakarta, dalam pertemuan bersama pegawai kedutaan yang diketuai Atase Polis Malaysia di Indonesia, Abu Bakar Yaacob.

BACA: Pemandu Gojek ancam kepung Kedutaan Malaysia berikutan video penghinaan tular

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.