Pelancongan negara tidak terkesan dengan protes di Hong Kong

Diposting pada

Pelancongan negara tidak terkesan dengan protes di Hong Kong

Pelancongan negara tidak terkesan dengan protes di Hong Kong

KUALA LUMPUR: Protes di Hong Kong tidak memberi kesan buruk kepada jumlah kedatangan pelancong dari Hong Kong atau China ke negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menegaskan, kerajaan juga tidak mengeluarkan sebarang amaran atau halangan untuk rakyat negara ini ke Hong Kong.

"Pasal kita ada banyak penerbangan, kalau hendak cakap mengenai connectivity dari China, Hong Kong dari sana, banyak connectivity, saya rasa tidak jejas kedatangan pelancong ke negara kita," katanya.

Mohamaddin berkata demikian semasa sidang media selepas perasmian Pameran Raja Kita oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Muzium Diraja pada Isnin.

TONTON: Protes di Hong Kong berterusan pagi ini

TONTON: Warga Hong Kong: Kami takut, tetapi tidak akan mengalah

Perjalanan sistem kereta api dan penerbangan antarabangsa di Hong Kong dilaporkan terjejas susulan tindakan penunjuk perasaan prodemokrasi mengadakan protes besar-besaran bagi meningkatkan tekanan terhadap pemimpin hab kewangan berkenaan.

Aktivis menyasarkan beberapa sistem kereta api bawah tanah ketika waktu puncak dan dengan sengaja membiarkan pintu tren terbuka bagi menghalangnya daripada bergerak.

Keadaan itu menyebabkan barisan panjang dan pertengkaran antara pengguna tren yang mahu ke tempat kerja dan kumpulan penunjuk perasaan.

Hong Kong yang ditadbir secara separa autonomi telah berdepan protes dan pertembungan anjuran pembangkang sejak dua bulan lalu bagi membantah satu rang undang-undang ekstradisi sebelum ia bertukar menjadi pergerakan memperjuangkan reformasi demokrasi.

Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing bagaimanapun kini semakin kuat mempertahankan pendirian mereka.

Terdahulu, semasa ucapan aluan perasmian Pameran Raja Kita, Mohamaddin menjelaskan, antara segmen yang dipamerkan termasuklah bidang kuasa, hubungan bersama rakyat, dan sisi peribadi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.