Pelakon lelaki ditahan bantu siasatan kes pindah wang penerbit dari akaun mata wang kripto

Diposting pada

Pelakon lelaki ditahan bantu siasatan kes pindah wang penerbit dari akaun mata wang kripto

Pelakon lelaki ditahan bantu siasatan kes pindah wang penerbit dari akaun mata wang kripto

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan satu tuduhan melakukan pemindahan mata wang kripto, Bitcoin.

Mangsa yang merupakan seorang penerbit telah membuat laporan polis selepas mendapati wallet akaun cryptocurrency miliknya telah dipindah keluar dari akaunnya ke satu akaun individu lain tanpa pengetahuannya.

Mangsa mengesyaki suspek telah melakukan pemindahan kerana hanya dia sahaja yang mengetahui kata laluan bagi akaun milik mangsa.

Kerugian yang dialami mangsa dianggarkan sebanyak RM213,805.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan oleh pasukan Unit Cryptocurrency JSJK Bukit Aman bersama BSJK Daerah Ampang Jaya.

Siasatan masih lagi berjalan bagi mendapatkan pengesahan mengenai transaksi tersebut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.