Pelajar GiatMara setanding institusi TVET lain – Rina Harun

Diposting pada

Pelajar GiatMara setanding institusi TVET lain – Rina Harun

Pelajar GiatMara setanding institusi TVET lain - Rina Harun

PUTRAJAYA: Keupayaan pelajar GiatMara dalam menyertai pertandingan-pertandingan kemahiran peringkat dunia membuktikan institusi itu kini setanding pusat pengajian lain yang menawarkan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata GiatMara yang dulunya dianggap 'kecil' dan kurang diminati kini semakin diterima ramai berdasarkan pencapaiannya melahirkan pelatih yang diterima industri.

Katanya satu ketika dahulu GiatMara sering diberi persepsi sebagai tempat pembelajaran yang tidak begitu diterima masyarakat, namun tanggapan itu telah berubah dan ia semakin diterima ramai, manakala ramai bekas pelajar pusat latihan itu kini memiliki pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan sembilan pelajar dan tenaga pakar TVET di bawah kementerian itu yang akan mewakili negara ke Pertandingan World Skills Competition (WSC) di Kazan, Rusia pada 22 hingga 27 Ogos ini.

Daripada jumlah itu, lima peserta merupakan pelajar GiatMara, manakala empat yang lain adalah pakar atau tenaga pengajar dari institusi TVET di bawah KPLB yang akan memberi tunjuk ajar kepada peserta Malaysia di pertandingan itu.

Mereka akan bersama 20 peserta negara ke WSC bagi bersaing dengan 63 negara dalam 56 bidang kemahiran yang dipertandingkan.

Rina berkata apa yang lebih membanggakan adalah kesemua peserta merupakan pelajar dari kategori luar bandar, sekaligus menepati aspirasi kementerian untuk memberi kemahiran kepada golongan itu.

"Ini membuktikan program pengajian di institusi TVET di bawah KPLB mampu melahirkan pelajar yang kompeten dan bertaraf antarabangsa," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.