Pelaburan RM1.5 bilion guarana beri 'nyawa' kepada pekebun kecil – KKSB

Diposting pada

Pelaburan RM1.5 bilion guarana beri 'nyawa' kepada pekebun kecil – KKSB

Pelaburan RM1.5 bilion guarana beri 'nyawa' kepada pekebun kecil - KKSB

KUALA LUMPUR: Potensi tanaman guarana mampu terus berkembang selepas menerima pelaburan asing bernilai RM1.5 bilion untuk memangkin pembangunan usahawan tempatan dan masyarakat setempat.

Penasihat Perniagaan Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB), Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, pihaknya juga berjaya membuktikan kepada kerajaan, mereka mampu membawa pelaburan asing bernilai tinggi bagi tanaman terbabit.

“KKSB telah berjaya membuat permohonan permit mengimport tanaman biji benih guarana secara rasmi pada 16 Julai lalu.

“Sidang media diadakan bagi memperbetulkan persepsi bahawa tanaman guarana hanya boleh dibawa pihak tertentu hingga menimbulkan banyak masalah.

“Pelaburan RM1.5 bilion guarana itu dilihat dapat memberi nyawa kepada pekebun kecil,” katanya.

Zakwanhafiz berkata demikian semasa sidang media selepas selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) di antara Pengerusi KKSB, Mohd Helmy Ibrahim dan Pengerusi EastCap Berhad, Sukeman Omar di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Zakwanhafiz menyarankan pihak-pihak yang berminat untuk menanam guarana boleh membeli melalui koperasi-koperasi yang dilantik di seluruh negara.

"Petani-petani yang ingin membeli anak benih guarana hendaklah membeli daripada koperasi-koperasi di negeri masing-masing berbanding agen dilantik sebelum ini yang menyebabkan berlakunya banyak perkara negatif.

“Langkah itu mampu memberi satu pendapatan yang lebih baik kepada petani tempatan,” jelasnya.

Guarana adalah salah satu tanaman alternatif kerana mempunyai nilai belian balik RM80 sekilogram berbanding tanaman lain yang dapat membantu meningkatkan pendapatan negara.

Selain menerima permintaan domestik, produk itu mampu dieksport untuk pasaran tempatan dan asing antaranya Taiwan, Hong Kong dan Eropah bagi pembangunan produk mereka.

Ekstrak guarana boleh menghasilkan produk berasaskan makanan, minuman tenaga selain kandungan untuk produk kosmetik.

Dalam pada itu Zakwanhafiz berkata, pihaknya sedia membina kilang di suatu tempat yang akan dipilih mengikut keluasan perladangan contohnya di Pahang atau Selatan Terengganu.

Syarikat EastCap Berhad membawa pelaburan kepada KKSB bagi tujuan pembangunan kilang, sektor perladangan kepada tanaman guarana.

Guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana berdaun lebar dan bunga yang berjambaknya serta buahnya sebesar biji kopi.

Tanaman guarana merupakan satu jenis tanaman yang dilindungi oleh kerajaan Brazil kerana ia merupakan sumber pendapatan kepada negara tersebut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.