Pasukan Polis Marin Sabah rampas rokok seludup RM6.07 juta

Diposting pada

Pasukan Polis Marin Sabah rampas rokok seludup RM6.07 juta

Merdeka

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) membuat rampasan rokok seludup terbesar selepas menahan enam lelaki Filipina dalam satu serbuan di sungai Kampung Jepun, Batu 8, pada Rabu.

 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, semua suspek berumur 13 hingga 56 tahun, dipercayai ahli sindiket penyeludupan rokok terbabit berjaya ditahan.
 
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sewaktu serbuan semua suspek sedang sibuk menyusun dan memasukkan rokok dalam dua buah van.
 
Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya mengepung dan berjaya menahan semua suspek.
 
"Pemeriksaan lanjut berjaya menemui rokok berkotak merah dan hijau dan keseluruhan rampasan mencecah RM6.07 juta selepas cukai.
 
"Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.