Nak lihat model pentadbiran 'Rahmatan lil Alamin' datanglah ke Sarawak – Mujahid

Diposting pada

Nak lihat model pentadbiran 'Rahmatan lil Alamin' datanglah ke Sarawak – Mujahid

Merdeka

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf memuji sistem pentadbiran Sarawak yang selari konsep Islam sebagai 'Rahmatan lil Alamin'.

Menurut Mujahid meskipun penduduknya pelbagai kaum dan kepercayaan, namun isu perkauman dan laungan menghina agama tidak kedengaran di Sarawak.

"Tahniah, isu perkauman dan agama setempat tidak menjadi masalah di negeri ini.

"Alhamdulilah, tapi sesetengah tempat di semenanjung amat membimbangkan hari ini. fenomena perkauman sempit ini semakin membimbangkan," kata Mujahid.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penanguhan Wacana Eksekutif Maqasid Syariah di Kompleks Islam Sarawak di Kuching pada Khamis.

Mengulas kenyataan Mujahid itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak mengamalkan Piagam Madinah.

Tadbir urus di Sarawak berteraskan kepada 'maqasid syariah' iaitu konsep persaudaraan Islam dan bukan Islam, yang berteraskan rasa hormat, perpaduan dan toleransi.

"Ini rahmat, nikmat yang di beri Allah SWT dengan kita sebagai pentadbir memberi keadilan kepada Islam dan bukan Islam.

"Terima kasih Datuk, kami menjadi model, kami boleh eksport ke Semenanjung Malaysia," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.