'Mungkin tak sempat jumpa mak' – ayat terakhir mangsa kemalangan di Seremban

Diposting pada

'Mungkin tak sempat jumpa mak' – ayat terakhir mangsa kemalangan di Seremban

'Mungkin tak sempat jumpa mak' - ayat terakhir mangsa kemalangan di Seremban

SEREMBAN: "Mak… mungkin saya tak sempat jumpa mak".

Itu ayat terakhir Muhammad Idham Baharudin, 20, dan kekasihnya, Anismalina Jamaludin, 20, kepada ibunya sebelum maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 269.9, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban malam kelmarin.

Lebih tragis apabila Anismalina sempat menghubungi bapa Muhammad Idham, Baharudin Mohd Isa, 59, memberitahu bahawa mereka kemalangan sebelum keduanya dirempuh sebuah lori membawa simen yang mengakibatkan kedua-duanya meninggal dunia.

Menceritakan kejadian itu, Baharudin berkata, Anismalina sempat menghubunginya kira-kira jam 9.30 malam memberitahu mereka terjatuh di lebuh raya dan cedera ketika dalam perjalanan ke Banting.

"Anis sudah saya anggap seperti anak sendiri. Mereka dalam perjalanan balik ke rumah ibu Anis selepas pulang bercuti ke rumah saya di Senawang Sabtu lalu.

"Ketika Anis hubungi, saya tengah kerja dan minta dia hubungi ambulans. Tapi saya mula rasa tak sedap hati dan minta kebenaran majikan untuk tengok anak," katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, di sini hari ini.

Dia yang menunggang motosikal ke lokasi tiba kira-kira jam 10.30 malam, namun terkejut sebaik mendapati berlaku kemalangan besar selain kesesakan teruk.

Menurutnya, dia diberitahu oleh seorang pengguna lebuh raya yang jalan tidak boleh dilalui sebelum menghubungi Muhammad Idham, namun individu lain yang menjawab.

"Orang itu minta saya bersabar dan beritahu anak saya telah meninggal dunia kerana kemalangan. Disebabkan jalan ditutup, saya berhenti motosikal di tepi jalan dan bila sampai saya tengok jenazah anak dan Anis dah ditutup dengan plastik," katanya.

Katanya, Muhammad Idham bekerja sebagai penghantar surat di Bangi, Selangor sejak lima bulan lalu dan tinggal bersama ibu Anis di Banting, Selangor yang juga ibu angkatnya.

Tambah Baharudin, kedua-dua mangsa sepatutnya akan singgah di Sepang, Selangor untuk menjenguk isterinya yang kini menjaga cucu di sana.

"Sebelum bertolak balik, Anis hubungi isteri saya beritahu mungkin tak sempat jumpa sebab nak terus balik ke Banting, Muhammad Idham pun cakap benda sama," katanya yang reda dengan kejadian itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.