Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Diposting pada

Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands

SINGAPURA: Sebuah motosikal terbakar di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika waktu puncak pada petang Rabu dipercayai kerana terlalu panas.

Beberapa klip video mengenai insiden itu tular di media sosial sekitar 10 malam tadi.

Semakan dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengesahkan kejadian itu dan api telah dipadamkan dengan segera.

Lalu lintas di lorong motosikal kembali seperti sediakala, kata ICA sambil menambah pihaknya masih menyiasat kejadian itu.

Foto di media sosial yang dikongsi oleh orang ramai menunjukkan motosikal itu menggunakan nombor plat Malaysia.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.