Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarang Bernama

Diposting pada

Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarang Bernama

Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarang Bernama

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Datuk Mokhtar Hussain sebagai Ketua Pengarang berkuatkuasa serta merta.

Datuk Mokhtar, 58, sebelum ini ialah Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) dan memangku Ketua Pengarang untuk dua bulan yang lepas sehingga hari ini.

Bernama dalam satu kenyataan menyebut bahawa sebagai Ketua Pengarang, Mokhtar akan memastikan kesinambungan semua operasi Jabatan Pengarang yang ketika ini sedang bergerak menuju satu transformasi dalam pertubuhan itu dan bilik beritanya bagi memenuhi cabaran digital yang dihadapi oleh media di seluruh dunia pada ketika ini.

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, ketika menyambut baik kenaikan pangkat Mokhtar berkata, kenaikan pangkat Mokhtar adalah mengikut tradisi lama di Bernama bagi jawatan Ketua Pengarang yang diisi menerusi kenaikan pangkat dalaman.

"Mokhtar adalah seorang wartawan berkarier di Bernama dan dengan pengalamannya selama 34 tahun, saya yakin beliau akan membawa agensi berita nasional ini ke peringkat yang lebih tinggi. Industri media, baik cetak dan digital, sedang melalui fasa kritikal, yang menjadikannya lebih mencabar untuk Bernama sebagai sebuah agensi berita nasional.

"Pernah menjadi Ketua Pengarang sebelum ini, saya tahu Mokhtar akan melalui perjalanan sukar memandangkan perubahan lanskap media tetapi saya yakin beliau akan dapat melakukannya."

Mokhtar memulakan karier di Bernama pada 1985 sebagai pegawai eksekutif berita dan memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Biro di Sabah dan Pengurus Berita dan Hal Ehwal Semasa Perkhidmatan Audio Visual.

Mokhtar adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam Undang-undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Undang-undang dari Universiti Malaya serta Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Komunikasi Massa dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.