Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu

Diposting pada

Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu

Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu berkuat kuasa 19 Ogos lepas.

Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.

Upacara kenaikan pangkat dan pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Mohd Zubil, 56, yang memulakan perkhidmatan bersama agensi itu sejak 2006 dilantik menggantikan Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar yang bersara wajib pada 5 Ogos lepas.

Sepanjang perkhidmatannya, Mohd Zubil telah memegang pelbagai jawatan dalam sektor operasi, logistik dan pengurusan sebelum ke jawatan terakhir selaku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang disandangnya sejak Oktober 2018.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan antara Mac 2016 hingga Oktober 2018 dan terlibat secara langsung dalam merancang dan mengatur operasi dan penempatan aset Maritim Malaysia di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi menjaga keselamatan perairan Sabah Timur.

Beliau juga merupakan Komander Operasi bagi Ops Naga, iaitu operasi khas menangani isu pencerobohan bot nelayan Vietnam di perairan negara.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.