Mehmed kecewa Perak seri di laman sendiri

Diposting pada

Mehmed kecewa Perak seri di laman sendiri

Mehmed kecewa Perak seri di laman sendiri

IPOH: Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic kecewa apabila skuad 'The Bos Gaurus' sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Perak, semalam.

Beliau berkata Perak sepatutnya memenangi perlawanan itu dengan mudah jika deretan peluang yang diperoleh berjaya disempurnakan sebagai jaringan oleh jentera serangan.

"Secara jujurnya, kita sepatutnya jaringkan tiga atau empat gol pada separuh masa pertama dan beberapa peluang lagi yang kita peroleh pada separuh masa kedua. Namun itu tidak berlaku.

"Bagi saya, kita tidak boleh lakukan kesilapan sebegini terutama dalam kejohanan seperti Piala Malaysia kerana tidak banyak perlawanan yang akan kita harungi untuk layak ke peringkat seterusnya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal Perak diperoleh melalui pemain import Brazil, Ronaldo Henrique pada minit ke-11 manakala gol Pulau Pinang disempurnakan Anselmo Casagrande pada minit ke-63.

BACA: Piala Malaysia: TFC, Pahang kekal momentum kemenangan

Mengulas pertemuan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada 24 Ogos ini, Mehmed berkata meskipun ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar namun itu bukan alasan untuk pasukannya menyerah kalah.

Sementara itu, pengendali Pulau Pinang Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata beliau gembira pasukannya berjaya mengikat Perak yang merupakan juara bertahan Piala Malaysia.

Kita sepatutnya jaringkan tiga atau empat gol pada separuh masa pertama.. namun itu tidak berlaku

Beliau berkata para pemainnya menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun terpaksa mengekang asakan pasukan tuan rumah sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

"Pada separuh masa pertama pemain nampak sedikit gemuruh namun selepas itu dalam bilik persalinan saya beritahu mereka supaya kita bermain sebagai satu pasukan dan kena pastikan bermain dengan baik untuk sekurang-kurangnya bawa pulang satu mata," katanya.

Selain itu, beliau optimis anak buahnya mampu melakar kemenangan ke atas Perak pada 24 Ogos ini berdasarkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Untuk perlawanan selepas ini mungkin akan ada pertukaran formasi dan ia bergantung kepada kondisi pemain. Kita ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk dapatkan tiga mata sekali gus layak ke suku akhir," katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.