Mayat wanita ditemui di dalam Parit Besar

Diposting pada

Mayat wanita ditemui di dalam Parit Besar

Mayat wanita ditemui di dalam Parit Besar

BATU PAHAT: Satu mayat wanita warga emas ditemui di dalam parit berhampiran sebuah jambatan di Taman Sri Wangsa, Parit Besar, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata mayat berkenaan ditemui 10.30 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata siasatan kemudian mendapati mayat yang ditemui terapung itu adalah mayat wanita berumur 66 tahun.

"Si mati (wanita) dilaporkan keluar rumah dan tidak balik sehari sebelum dia ditemui mati. Mayatnya sudah dicam dan disahkan oleh ahli keluarganya," katanya.

Azhan berkata siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh wanita itu dan pemeriksaan sekitar lokasi juga tidak menemui sebarang bukti dan saksi berkaitan kejadian jenayah berlaku ke atasnya.

Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mayat tersebut dihantar ke Unit Patologi, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan bedah siasat, katanya.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.