Mayat lengkap berpakaian disyaki peserta kayak dijumpai terapung di Kemaman

Diposting pada

Mayat lengkap berpakaian disyaki peserta kayak dijumpai terapung di Kemaman

Mayat lengkap berpakaian disyaki peserta kayak dijumpai terapung di Kemaman

MERSING: Satu mayat lengkap berpakaian disyaki salah seorang peserta kayak warganegara Singapura telah ditemui.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing, Haris Fadzilah Abdullah, mayat yang ditemui lengkap memakai jaket keselamatan itu ditemui terapung di kedudukan 5 batu nautika timur Kuala Kemaman pada 12.50 tengah hari Rabu.

Bagaimanapun, kata beliau, identiti mayat yang ditemui itu masih belum dikenal pasti sehingga pengecaman dilakukan oleh keluarga kedua-dua mangsa.

Kata Haris, jarak lokasi penemuan adalah sejauh 100 batu nautika dari lokasi terakhir dua rakyat Singapura yang dilaporkan hilang 8 Ogos lalu.

Mangsa ditemui terapung oleh nelayan sebelum mereka menghubungi pasukan keselamatan.

Mayat tersebut dibawa ke Hospital Daerah Kemaman untuk proses bedah siasat.

Dalam kejadian Khamis lalu, dua mangsa warganegara Singapura dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 rakan lain antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Pertang di daerah itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.