Maqis rampas makanan haiwan dari Korea tanpa permit

Diposting pada

Maqis rampas makanan haiwan dari Korea tanpa permit

Maqis rampas makanan haiwan dari Korea tanpa permit

BUTTERWORTH: Tindakan seorang warga tempatan menyeludup makanan haiwan dari Korea ke negara ini menggunakan perkhidmatan pos berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang.

Sebanyak 440 paket makanan haiwan seberat 35.2 kilogram bernilai RM1,680 dirampas dalam satu pemeriksaan yang dilakukan di Pejabat Pos Butterworth pada Khamis, jam 2.30 petang.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, barangan itu didapati tidak mempunyai beberapa dokumen yang sah seperti permit import (IP).

"Antara makanan haiwan yang dirampas ialah jenis snek seperti sweet potato chewing, deer jerky, horse jerky, duck wing, dried pollack, pig ear slice, white fish gentle gum dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Zarina berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun kepada individu yang membawa masuk produk tersebut, setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya.

Foto Maqis Pulau Pinang

Foto Maqis Pulau Pinang

Peringatan turut diberikan kepada individu berkenaan supaya mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Tambah Zarina lagi, Maqis Pulau Pinang juga sentiasa menjalankan pemeriksaan secara terperinci di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian dan ikan yang masuk atau keluar dari negara ini mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan ia selamat untuk dimakan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.