Manny Pacquiao jadi selebriti pertama dunia lancar wang kripto

Diposting pada

Manny Pacquiao jadi selebriti pertama dunia lancar wang kripto

Merdeka

MANILA: Jaguh tinju Filipina, Manny Pacquiao telah melancarkan mata wang kriptonya sendiri pada Ahad.

Ia diumumkan dalam satu konsert percuma yang diadakan di Manila menyaksikan lebih 2,000 peminat beliau teruja untuk menggunakannya.

Peninju berusia 40 tahun itu telah berjaya menjuarai WBA Walterweight Super Championship pada Julai dan kini menjadi senator Filipina.

Wang kripto yang dinamakan sebagai 'Pac' itu akan membolehkan peminat Pacquiao membeli barangan cenderahati eksklusif di samping berinteraksi bersamanya di akaun media sosial.

Wang kripto 'Pac' bakal disenaraikan di Global Crypto Offering Exchange (GCOX) Singapura yang membabitkan peninju popular ASEAN itu sebagai pelabur di samping bekas bintang bola sepak England, Michael Owen bersama-sama dengan Sheikh Khaled bin Zayed al-Nahyan, keluarga diraja Abu Dhabi.

Ini merupakan wang kripto pertama di dunia membabitkan selebriti ternama.

Dalam pada itu, pemain tenis, Caroline Wozniacki, Michael Owen dan Jason Derulo juga dalam perancangan untuk menerbitkan wang kripto mereka bersama GCOX.

Pada Ahad, Manny Pacquiao menyanyikan lagu yang menerusi albumnya yang kini laris di Filipina.

Beliau turut mengumumkan pelancaran wang kripto 'Pac' dalam majlis sama yang menjadi bahan bualan hangat di seluruh Filipina.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.