Manchester City sah ikat Cancelo

Diposting pada

Manchester City sah ikat Cancelo

Manchester City sah ikat Cancelo

MANCHESTER City sah menandatangani pertahanan sayap Portugal, Joao Cancelo, daripada Juventus dengan perjanjian yang menyaksikan Danilo menuju ke arah bertentangan.

Cancelo, 25, menandatangani kontrak enam tahun di Stadium Etihad selepas beraksi selama semusim buat Juve.

Selepas menghabiskan musim 2017-18 selaku pemain pinjaman daripada Valencia kepada Inter Milan, Juve membawa pemain itu ke Turin dengan yuran perpindahan €40.4 juta (RM190.4 juta).

Dia kemudian menikmati musim yang cukup gemilang bersama skuad The Old Lady itu dengan memaparkan aksi cemerlangnya di posisi sayap kanan menerusi gerakan kaki dalan larian kencang yang mencuri perhatian.

"City merupakan pasukan yang hebat dengan pengurus yang cemerlang dan saya amat gembira untuk berada di sini," katanya dalam laman web rasmi pasukan.

"Segala-galanya tentang mereka mengagumkan saya, daripada fasiliti hingga cara permainan.

"Saya sentiasa bersedia untuk mengembangkan permainan saya dan memenangi trofi dan saya percaya, saya mampu untuk melakukannya di sini.

"Jadi, saya tidak sabar untuk memulakan musim baru dan menguji diri saya dalam Liga Perdana," katanya.

City telah dikaitkan untuk mendapatkan pemain itu sejak beberapa jendela perpindahan lalu dan usaha mereka pada awal jendela perpindahan kali ini turut ditolak.

Ketua jurulatih Juve, Maurizio Sarri, dikatakan telah meluluskan perpindahan Cancelo biarpun sebelum dia mengambil alih tugas Massimiliano Allegri itu Jun lalu.

Cancelo akan bersaing dengan Kyle Walker untuk merebut posisi sayap kanan melainkan Walker bersetuju untuk beralih ke posisi yang lebih ke tengah ataupun di bahagian pertahanan kiri.

Danilo pula akan menyertai Juve selepas melakukan 34 penampilan dalam Liga Perdana sepanjang dua musim bersama kelab Inggeris itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.