Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA

Diposting pada

Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA

Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA

SEPANG: Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports telah membuat satu laporan polis berhubung masalah gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamsah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu yang dibuat oleh seorang pengurus kanan bahagian teknologi maklumat Malaysia Airports hari ini, Selasa (27 Ogos).

Polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya, di sini hari ini.

Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan khianat dan memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataannya semalam (Isnin) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA mulai Rabu lalu disebabkan perbuatan berniat jahat.

Malaysia Airports pada Jumaat lepas berkata kegagalan rangkaian dikenal pasti sebagai punca gangguan sistem di KLIA, yang menyebabkan kelewatan penerbangan, penumpang beratur panjang dan pengembara kecewa, serta telah mengambil langkah untuk menggantikan peralatan rangkaian.

Gangguan sistem telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Menurut Zulkifli, tiada bahan bukti diserahkan kepada polis semasa laporan dibuat. – BERNAMA

BACA: Gangguan sistem KLIA: MAHB tidak tolak wujud unsur berniat jahat

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.